Monday, 25 February 2013

Luah dan diam

Ramai yang mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dalam memberitahu apa yang dirasa. Ada baiknya kita diam pada ketika kita sedang marah, tetapi apalah salah jika kita menolak dengan cara baik.,"aku perlukan masa", "boleh tak kalau kau bagi aku ruang". Ingat luahkan bukan mengelak. Jangan nampak seperti kita mengelak dan memberi alasan kerana akan mengundang perbalahan. Kadang-kadang jika kita mendiamkan diri, ia akan menimbulkan fitnah dan hanya menimbulkan tanda tanya kepada orang lain. Dan jangan disebabkan perangai kita yang suka berdiam itu, kita sendiri rimas kepada pertanyaan orang lain yang bertubi-tubi pada masa akan datang. Selagi kita diam selagi itu orang akan bertanya. Perkara mudah, hanya luahkan. Dan walaupun masih tidak berhasil setelah diluah barulah anda diam. Kita tahu manusia ada perasaan letih dan dia akan diam sendiri. Tak cepat lambat. Kalau rasa tidak mahu baiki hubungan itu lbih baik diam dan terus diam dan kalau rasa anda masih perlukan hubungan itu, luahkan apa yang kita rasa. Bermusuh itu tidak baik.Tolong jauhi pemikiran mengatakan diri anda sahaja yang betul.

Iblis telah menghias pekara buruk jadi indah

"Aku minum arak bukan aku susahkan orang pun", "Nanti aku pakai lah tudung sekarang kan muda lagi", "Selagi aku perjuangkan islam dalam 'couple' ok la kot" , "Ala rokok je pun bukan dadah", "Nak nasihat orang konon, diri sendiri pun tak betul", "kubur aku ngan kau kan lain-lain". Putarlah macam mana pun, yang salah tetap salah. Iblis telah menghias perkara buruk jadi indah untuk mengaburkan pandangan dan pemikiran manusia. Tapi tidak boleh pula kita hanya menyalahkan kerana kewujudan iblis semata-mata. Ada akal fikir, ada otak nilai. Tiada yang betul dalam melakukan pekara yang keji.


Terlampau Adil

Pernahkah kita terlintas tuhan ini tidak adil dengan kita?. Sebenarnya terdapat banyak bukti keadilan tuhan yang kita sendiri boleh rasa dan lihat. Walaupun kita tidak melakukan apa yang diperintahkan-Nya, tuhan masih mahu memberikan kita peluang untuk hidup, rezeki berpanjangan, ketenangan jiwa, deria rasa, kewarasan akal dan sebagainya. Tuhan tidak pernah pula berhenti memberi walaupun kita melakukan apa yang dilarang. Tuhan akan tambah apa yang diberi kepada kita yang melakukan perintahnya walaupun usahanya kecil dan sedikit. Pekara ini boleh dikaitkan walaupun kita solat hanya dua rakaat, tetapi apa yang diberi adalah melebihi dari apa yang kita lakukan tadi  Semakin banyak kita usaha, semakin bertambah rezeki kita. Keadaan ini sangat berbeza dengan sifat adil manusia. Konsepnya, apa yang kita dapat adalah setaraf dengan apa yang kita usaha. Sebagai contoh, jika kita bekerja selama 8 jam, gaji yang dibayar juga adalah setaraf dengan 8 jam kita bekerja. Harap pekara ini dapat menghadirkan rasa syukur kita terhadap Yang Maha Adil.

Saturday, 23 February 2013

Maksud kawan, sahabat, suka, sayang dan cinta


Kawan

Gelaran kawan itu hanya dalam jangka masa dan menjadi pelengkap untuk menyelesaikan sesuatu peristiwa. Selepas selesainya sesuatu peristiwa gelaran kawan mungkin bertukar kepada sahabat atau tidak lagi sebagai kawan. Sebagai contoh seorang pelajar:-

Peristiwa: SPM
Jangka masa: tingkatan 1 hingga 5

Dalam perjalanan untuk menjalani hari-hari di sekolah menengah sebelum tamatnya SPM, mereka-mereka yang disamping anda sewaktu itu adalah kawan anda.
Bagi sesiapa yang sudah tamat SPM boleh cuba tanya diri, adakah semua kawan-kawan sewaktu anda berada di tingkatan 1 hingga 5 masih menjadi kawan anda sekarang? Jika mereka masih disamping anda mungkin ada lagi peristiwa yang hendak diselesaikan atau mungkin dia sahabat anda.


Sahabat

Gelaran sahabat adalah selagi mana mereka sentiasa berada disamping anda untuk menjalani kehidupan di dunia untuk menuju akhirat.



Suka

Suka mempunyai syarat. Perkara yang dapat memuaskan hati dan menyedapkan mata. Wujud jawapan apabila ditanya. Sebagai contoh, kenapa awak suka baju itu?. Saya suka baju itu kerana warna, jenis kain dan keselesaannya.


Sayang

Sayang mungkin tidak bersyarat. Walaupun tidak dapat memuaskan hati dan menyedapkan mata, perasaan sayang masih boleh diwujudkan. Tidak mempunyai jawapan yang khusus bila ditanya.
Sebagai contoh, kenapa awak sayang baju itu walaupun awak tidak suka pada warnanya? Saya sayang baju itu kerana itu adalah pemberian arwah nenek saya.


Cinta

Kesanggupan diri untuk buat apa sahaja demi mendapatkan cinta. Menyerahkan diri terhadap apa yang dicinta. Contoh, cinta kepada Maha Pencipta akan menyerahkan diri dan menjadikan diri turut apa sahaja yang perintahkan-Nya.



Mind set

Satu kisah yang boleh jadi pengajaran. Seorang pemandu lori ais menghadapi masalah apabila lori aisnya rosak betul-betul di tepi gaung. Kemudian pemandu itu turun dan pergi ke belakang untuk memeriksa kotak besar putih untuk mematikan suis peti ais tersebut demi menjimatkan bateri. Sebelum sempat mematikan suis, entah bagaimana pemandu lori itu terkunci dari dalam peti tersebut. Tiba-tiba datang sebuah kereta dari belakang melanggar lori ais tersebut. Dalam keadaan gelap dan ketakutan pemandu lori tersebut beranggapan dia akan jatuh ke dalam gaung dan mati keras dalam peti ais tersebut. Pemandu lori benar-benar mati dalam keadaan beku. Dalam beberapa jam kemudian, ahli forensik datang untuk mengesahkan kematian pemandu lori ais tersebut. Ahli forensik tertanya-tanya bagaimana dia boleh mati beku sedangkan lori aisnya tidak pun jatuh ke dalam gaung dan suis peti ais itu tidak pun dihidupkan. Setelah dikaji selidik, rupa-rupanya pemandu lori itu telah menetapkan minda sebelum dia mati. Jelaslah bahawa penetapan minda mengatasi apa yang kita lakukan.

Karma

Dunia ini bulat. Aku percaya baik dan buruk seseorang itu tidak akan terbayar selagi perkara yang dibuat  pada orang lain belum terbalas. Balasan itu tak semestinya di dunia tetapi mungkin di akhirat. Jadi jangan pernah pelik apa yang orang buat pada kita sama ada baik atau buruk adalah mungkin disebabkan kita pernah lakukan pekara yang sama. Kalau pun kita tidak pernah lakukan sesuatu perkara itu mungkin itu hanya ujian atau rezeki untuk jalani kehidupan di dunia. Apabila  kita terima sesuatu balasan anggap sahaja kita pernah lakukanya.

Lawak

Seram

Pada pukul 3 a.m, Abu iaitu seorang pemandu teksi mengambil keputusan untuk pulang kerana penumpang semakin lama semakin kurang. Dalam perjalanan pulang Abu ternampak wanita tua yang memakai baju kurung kusut putih dan berambut panjang menahan teksinya. Walaupun wanita itu kelihatan begitu menyeramkan Abu tetap ingin menghantarnya pulang. Lalu, Abu pun memberhentikan teksi dan membenarkan wanita tua duduk di tempat duduk dibelakang. Dalam perjalanan menghantar wanita itu pulang, Abu sempat melihat cermin belakang untuk menjelaskan lagi wajah wanita tua itu. Akan tetapi bayang wanita itu tiada di dalam cermin. Abu menjadi takut lalu menekan brek kecemasan. Abu menoleh ke belakang dan wanita tua itu ada tetapi darah dari hidung wanita itu mengalir keluar. Abu memberanikan diri, dilajukannya teksi dan sekali lagi melihat cermin belakang untuk memastikan keadaan wanita itu. Akan tetapi bayangan wanita itu tiada di dalam cermin. Abu menekan brek kecemasan kali kedua dan menoleh kebelakang. Wanita itu ada seperti tadi tetapi darah yang mengalir dari hidungnya semakin banyak. Tiba-tiba wanita itu minta untuk turun dan sempat mengatakan "Aku nak korek hidung pun tak senang".

*Rupa-rupanya wanita itu tadi malu untuk melepaskan hajat kecilnya lalu menundukan kepalanya.



Salah paham


Pada suatu hari, Abu berada di dalam bas utk ke bandar. Dia memegang
sebuah gambar. Tiba-tiba, gambar itu pun terjatuh di bawah kain seorang
makcik.
Abu : Makcik, tolong angkat kain, saya nak ambik gambar.
Makcik : Apa kamu ckp?!
Tiba-tiba.... PANG!!! Abu pun turun dari bas itu dengan muka yang bengang kerana ditampar oleh makcik itu di depan2 org ramai.



1st time


Tinggal sepasang suami dan isteri yang sarat mengandung berbangsa orang asli di dalam sebuah hutan. Pada suatu hari, tiba saat isteri ingin melahirkan anak. Isterinya tidak mahu menggunakan bidan kampung dan menyatakan hasrat kepada suaminya untuk ke hospital di kampung sebelah. Suaminya mencari jalan untuk ke hospital dengan cepat dan selamat. Di akalnya, kalau menggunakan sampan atau rakit lambat dan tidak selamat. Kebetulan ada sebuah helikopter askar yang sedang terbang melakukan latihan di hutan tersebut. Akhirnya suaminya mengambil keputusan untuk meminta bantuan askar untuk menghantar isterinya ke hospital menggunakan helikopter. Maklumlah pertama kali berada di atas helikopter kedua orang asli itu agak gugup dan berpeluh-peluh. Isterinya yang sarat itu semakin kuat berpeluh. Suaminya yang terlihatkan isterinya yang seperti itu tiba-tiba marah dengan pemandu helikopter tersebut dan menyebut "bodoh askar ni, orang panas-panas di dalam, dia pasang kipas di luar".