Friday, 22 February 2013
Tiru bukan salin, salin bukan tiru
Mesti korang tak percaya untuk berjaya kita harus atau wajib meniru. Jangan terkejut! kita sudah pun melakukan pekara ini sejak kecil lagi tanpa kita sedar. Sebagai contoh, daripada belum pandai bercakap kepada boleh bercakap. Ini adalah disebabkan kita meniru cara percakapan orang di sekeliling. Masih belum jelas? Ok. Contoh lain, zaman dulu manusia hanya mampu meniru burung untuk terbang, tetapi sekarang, pelbagai jenis kenderaan udara yang dapat kita lihat yang pada awalnya berpunca daripada burung itu sendiri. Tidak mustahil, akan ada lagi benda yang seakan-akan sama seperti kenderaan udara yang lain. Untuk berjaya, kita boleh meniru dan bersaing secara baik atas pekara yang baik sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment