Saturday, 23 February 2013
Maksud kawan, sahabat, suka, sayang dan cinta
Kawan
Gelaran kawan itu hanya dalam jangka masa dan menjadi pelengkap untuk menyelesaikan sesuatu peristiwa. Selepas selesainya sesuatu peristiwa gelaran kawan mungkin bertukar kepada sahabat atau tidak lagi sebagai kawan. Sebagai contoh seorang pelajar:-
Peristiwa: SPM
Jangka masa: tingkatan 1 hingga 5
Dalam perjalanan untuk menjalani hari-hari di sekolah menengah sebelum tamatnya SPM, mereka-mereka yang disamping anda sewaktu itu adalah kawan anda.
Bagi sesiapa yang sudah tamat SPM boleh cuba tanya diri, adakah semua kawan-kawan sewaktu anda berada di tingkatan 1 hingga 5 masih menjadi kawan anda sekarang? Jika mereka masih disamping anda mungkin ada lagi peristiwa yang hendak diselesaikan atau mungkin dia sahabat anda.
Sahabat
Gelaran sahabat adalah selagi mana mereka sentiasa berada disamping anda untuk menjalani kehidupan di dunia untuk menuju akhirat.
Suka
Suka mempunyai syarat. Perkara yang dapat memuaskan hati dan menyedapkan mata. Wujud jawapan apabila ditanya. Sebagai contoh, kenapa awak suka baju itu?. Saya suka baju itu kerana warna, jenis kain dan keselesaannya.
Sayang
Sayang mungkin tidak bersyarat. Walaupun tidak dapat memuaskan hati dan menyedapkan mata, perasaan sayang masih boleh diwujudkan. Tidak mempunyai jawapan yang khusus bila ditanya.
Sebagai contoh, kenapa awak sayang baju itu walaupun awak tidak suka pada warnanya? Saya sayang baju itu kerana itu adalah pemberian arwah nenek saya.
Cinta
Kesanggupan diri untuk buat apa sahaja demi mendapatkan cinta. Menyerahkan diri terhadap apa yang dicinta. Contoh, cinta kepada Maha Pencipta akan menyerahkan diri dan menjadikan diri turut apa sahaja yang perintahkan-Nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment