Monday, 25 February 2013
Terlampau Adil
Pernahkah kita terlintas tuhan ini tidak adil dengan kita?. Sebenarnya terdapat banyak bukti keadilan tuhan yang kita sendiri boleh rasa dan lihat. Walaupun kita tidak melakukan apa yang diperintahkan-Nya, tuhan masih mahu memberikan kita peluang untuk hidup, rezeki berpanjangan, ketenangan jiwa, deria rasa, kewarasan akal dan sebagainya. Tuhan tidak pernah pula berhenti memberi walaupun kita melakukan apa yang dilarang. Tuhan akan tambah apa yang diberi kepada kita yang melakukan perintahnya walaupun usahanya kecil dan sedikit. Pekara ini boleh dikaitkan walaupun kita solat hanya dua rakaat, tetapi apa yang diberi adalah melebihi dari apa yang kita lakukan tadi Semakin banyak kita usaha, semakin bertambah rezeki kita. Keadaan ini sangat berbeza dengan sifat adil manusia. Konsepnya, apa yang kita dapat adalah setaraf dengan apa yang kita usaha. Sebagai contoh, jika kita bekerja selama 8 jam, gaji yang dibayar juga adalah setaraf dengan 8 jam kita bekerja. Harap pekara ini dapat menghadirkan rasa syukur kita terhadap Yang Maha Adil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment